Definisi Islam terbahagi kepada 2 bahagian yang utama iaitu definisi menurut bahasa dan definisi menurut istilah / syara’. Definisi Islam menurut bahasa adalah selamat sentosa atau kedamaian. Contohnya boleh diambil daripada sebuah hadith Rasullah s.a.w yang bermaksud:
“ Seorang Muslim ialah seorang yang selamat, seorang muslim yang lain dari lidah dan tangannya”
Definisi Islam menurut istilah/ syara’ pula adalah patuh dan menyerah diri kepada Allah dengan penuh kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan serta mematuhi segala peraturan-peraturan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Penyerahan secara terpaksa bukanlah bidang yang dibicarakan, kerana penyerahan secara itu tidak akan mendatangkan balasan pahala, malah manusia tidak dapat membuat pilihan yang mengakibatkan mereka akan ke syurga atau ke neraka. Samada mereka tergolong yang beruntung ataupun yang rugi. Malah penyerahan secara ini tidak sesuai untuk makhluk manusia yang mempunyai akal fikiran. Firman Allah S.W.T. :
“Barang siapa mencari agama selain Islam, tidak akan diterima daripadanya dan dia di akhirat termasuk orang yang rugi.” (Ali Imran: 85)
Dari segi pemilihan nama, “Islam” merupakan nama istimewa yang diberikan oleh Allah kepada-Nya. Al-Quran sebagai kalam Allah menyebut “Islam” sebagai Al-Islam (makrifah)
Dan ditujukan kepada agama suci ini. Di antara ayat-ayat tersebut ialah :
“Sesungguhnya agama di sisi Allah hanya Islam” (Ali Imran: 19)
“Barang siapa mencari agama selain Islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu) …” (Ali Imran: 85)